Skip to main content
My late dad said to us before, that when he passed away, he doesn't want to have any kenduri-s / gatherings in this house. He wants to follow the Sunnah (Nabi Muhammad S.A.W dan sahabat2 nya.) way.


1) Apabila berlaku sesuatu kematian di dalam keluarga umat Islam disarankan supaya mengelak daripada terikut-ikut dengan adat kebiasaan memasak dan memberi makan kepada orang ramai, sama ada sebelum atau selepas pengkembumian mayat.

2) Hendaklah menjauhkan diri dari melakukan amalan yang dinamakan kaffarat dan wahsyah iaitu berhimpun untuk memberi makan kepada orang ramai pada malam pertama selepas pengkebumian mayat, 7 hari, 20 hari, 40 hari dan seumpamanya.

3) Hentikan helah atau muslihat, takwil dan qias yang tidak sihat dengan pelbagai cara bagi mengekalkan unsur-unsur bid'ah selepas kematian.

4) Dicadangkan kepada masyarakat islam disemua peringkat agar dapat menukarkan bid'ah itu dengan al-sunnah dari Nabi dan sahabat, iaitu jiran, kaum kerabat yang jauh dan sahabat handai kepada ahli si mati yang memberi makan kepada keluarga si mati.


Imam al-Syafie menegaskan dalam kitabnya al-Umm:



a) Maksudnya:"Aku suka jiran si mati atau orang yang mempunyai pertalian keluarga dengannya (keluarga jauh) memberi makan kepada ahli mayat (si mati), yang mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya, kerana itu adalah sunnah dan itu juga ingatan (zikir) yang mulia, dan ianya adalah perbuatan golongan yang baik-baik sebelum dan selepas kita. Ini kerana apabila tiba berita kematian Ja'afar, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Buatlah kamu makan kepada keluarga Ja'afar kerana telah datang perkara yang mengharukan kepada mereka."

b) Maksudnya: "Aku benci diadakan ma'tam iaitu perhimpunan, walaupun tidak ada tangisan kepada mereka, kerana sesungguhnya perbuatan itu memperbaharuan dukacita dan membebankan tanggungan"

(Muhammad Idris al-Syafie, al-Umm, juzuk 1 halaman 278-279)

Comments