Hari Lebaran Rasa Indah....
Memang Lebaran rasa INDAH sekali. Terutama sekali saat meluangkan masa bersama orang orang yang kamu rindui, sayangi. Rasa terhibur senantiasa bersama. Aku rasa teramat gembira hari ini. Bisikan angin menepis pipi ku, setiap insan melemparkan senyuman kepadaku. Walaupun badan terasa letih, mata kelihatan kuyu, namun senyuman tetap dilemparkan, deraian ketawa memecahkan hening kesunyian.
Dan saat itu juga, aku terfikirkan seorang jejaka yang bernama Nelson. hehhe. =) Semenjak usia aku mulai meningkat, aku perhatikan wang saham ku merosot. Setiap rumah yang aku kunjungi, pasti ada yang bertanya sama ada aku sudah bekerja atau masih bersekolah. Kadangkala aku rasa segan untuk memberitahu perkara sebenar, kerana ada dia antara mereka mempunyai reaksi yang cukup dramatik. Sebagai contoh, satu mak cik nie memberi balas setelah aku memberitahunya aku masih bersekolah, "Cik ***** ingat Fareha da kerja. Badan besar.. [sambil tengok ibuku.]" Perasaan geram tersirat, tetapi kerana Bulan Syawal, aku diamkan.
Kadangkala, aku malas nak memberitahu mereka perkara yang sebenar. Ibu akan datang menyelematkan keadaan. Aku teringin untuk tidak memakai alat solek yang agak berat, namun, setiap wanita mempunyai keinginan untuk lihat cantik dari hari biasa. Namun, aku sudah redha [cheh redha...]. Jika ada rezeki, aku dapat. Kalau tak ada rezeki, aku buat bodo. hahha. Ok sampai di sini sahaja coretan aku untuk kali ini. Sampai bertemu di hari yang akan datang. Sekian, Assalamualaikum.
Di rumah mak cik ku.
Di rumah Kakak sedara aku yang mempunyai anak yang cukup kiut miut.
Sesi Lepak.
Aku Jatuh Cinta saat engkau mengucup pipi ku... =)
Kekasih baru ku.
Fareha ->" Baby ...." Adam -> "I'm not baby, I am ADEM!"
Senantiasa bersama Lesbian partner ku.
Adam memang nakal, dan cute selalu!!









Comments