Brighter than sunshine ...
Tinggal 10 hari sebelum Syawal berlalu. Dan Insya Allah, jika usia dipanjangkan, kita akan bertemu kembali di Syawal yang mendatang. Kepada mereka yang masih belum sempat mengunjungi rumah sanak saudara, memohon maaf melalui telefon sudah memadai. Zaman sekarang semakin canggih. Pasti ada cara yang lain untuk meyelesaikannya. Pokoknya, kita harus bertekad untuk melakukannya.
Semalam merupakan hari terakhir keluarga ku berjalan raya. Walaupun pada dasarnya, masih ada rumah yang belum sempat kami berkunjung. Bukan selalu kami dapat berkumpul ramai begini. Kemeriahannya sering terasa. Kedua ibu bapaku mempunyai banyak saudara mara. Teringatkan kata kata abangku semalam sewaktu dia memandu, "Sampai da tua pun masih ada rumah yang tak sempat nak kunjung."
Aku setuju dengan apa yang abang katakan. Memang benar. Kami tidak pernah dapat berkunjung semua rumah dalam sebulan kami menyambut Syawal. Apapun, kami bersyukur dengan setakat yang termampu. Aku terfikir, jika aku sudah mempunyai keluarga sendiri, dan abang jugak, dan insya Allah kedua orang tua ku usianya panjang, pastinya sambutan Syawal makin meriah, lebih bermakna. Dan tentunya, makin banyak rumah yang kami harus kunjungi.
Aku berdoa semoga kita semua dapat bertemu sekali lagi di bulan Syawal yang akan datang. Sampai sahaja di sini, aku harus beredar. Kapan lagi kita bertemu.

Suddenly you're mine...
Comments