Kesempatan.
Mengikut kamus Dewan, kesempatan bermaksud peluang/waktu yang terluang untuk sesuatu.
Semakin waktu menghampiri senja, semakin ramai anak-anak muda berkerumun di kawasan bandar. Tidak ada salahnya menjejakkan kaki ke tempat sebegitu, namun ada batasannya apabila bergembira sesama sendiri. Sesetengah daripada anak-anak muda zaman sekarang telah menyalahgunakan kebebasan yang telah diberi oleh ibu bapa mereka. Aku pasti perkara-perkara seperti meminum arak, berwasyam, bercumbuan di khalyak ramai dan perbuatan yang paling mengaibkan, berzina. Segalanya berlaku di zaman sekarang, bermula dari usia semuda 13tahun sehingga telah mencecah usia lewat 20-an.
Aku terfikir sampai bila harus mereka berhenti melakukan perbuatan sedemikian. Terutama sekali untuk mereka yang sudah melewati zaman remaja. Tidakkah mereka fikir bahawa sudah masanya untuk mereka bersikap lebih matang? Pernahkah mereka rasa malu dan segan dengan perangai sedemikian? Aku mengerti, aku tidak ada hak untuk menentukan semua ini, dan aku juga mengerti bahawa aku bukan nya seperti kain putih yang suci dan tidak ada kotoran di atasnya.
Mungkin segala yang berlaku ini ada sebab-sebab yang munasabah. Mungkinkah mereka terlalu dibutakan, atau perkataan lebih manis, dimanjakan dengan kehidupan yang terlalu mewah? Sehinggakan mereka tidak pernah kenal perkataan susah?
Kadangkala aku berasa segan, bimbang dan gentar jika di masa hadapan, aku tidak mampu menempuhi cabaran dan rintangan yang akan datang. Aku tidak mahu hidup aku terlalu dibutai dengan wang ringgit dan kebebasan, sehingga aku lupa cara bagaimana harus aku hidup dalam kesusahan. Namun, aku rasa mungkin kini, hidup aku terlalu mewah. Aku mahu lari dari situasi ini. Aku tidak mahu berasa terlalu mewah, kerana aku tahu, di masa hadapan, aku akan melalui kesusahan yang penuh dengan onak duri.
Mungkin aku dimewahkan dengan wang ringgit di masa muda ku ini, wang ringgit seperti air untuk aku dan kamu, namun apabila usia aku melonjak, wang ringgit menjadi beban untuk aku. Aku benar benar berharap semoga aku tidak terlalai dengan apa yang aku ada sekarang.
Hidup yang sederhana sudah memadai. Kerana hidup seperti gini, kita dapat merasai waktu waktu susah dan senang.

Comments