Di Antara Cinta Dan Benci.
Diri seseorang itu dinilai oleh bagaimana dia menghiaskan dirinya, perwatakannya dikhalayak ramai, caranya bertutur dan sebagainya. Namun kadangkala, kita tidak seharusnya mengambil peka dengan cara sebegitu untuk menilai seseorang. Mengenali seseorang dengan melihatnya secara fizikal bukanlah cara yang efektif dan juga bernas. Ada beberapa cara yang lain untuk mengenali seseorang dengan lebih mendalam.
Seperti yang kita sering dengar, "Harap je muka lawa/hensem, tapi perangai buruk." Ah, itulah yang selalu diungkapkan oleh rata-rata orang kita. Kenapa berani mengutuk seseorang sedangkan anda sendiri tidak tahu si polan/anu sebenarnya? Mengapa? Tidak semua yang muka lawa, perangai mereka buruk dan juga sebaliknya. Di dunia ini, semua mempunyai muka yang lawa/manis/anggun/comel/sederhana/tampan, dan setiap manusia mempunyai definasi perkataan 'LAWA' sendiri.
"LAWA/HENSEM" bagi saya bermakna ada sesuatu yang menarikkan perhatian saya bila melihat seseorang, tidak kira lelaki atau perempuan. Di dunia ini, tidak ada manusia yang mempunyai pemikiran yang sama. Jika semua orang mempunyai fikiran yang sama, nampak gayanya dunia ini akan menjadi terlalu bosan untuk hidup kerana segala-galanya sama.
Berbalik kepada perkara mengenai masyarakat menilai seseorang dengan cara fizikal sahaja, saya memang tidak setuju. Sebagai contoh, seorang wanita dilingkuhan 40-an sedang berborak dengan membernya, lalu mereka ternampak dua orang gadis berlalu di hadapan mereka. Yang si A memakai pakain tutup aurat, dan si B memakai pakaian ranggi. Seperti biasa, mereka akan katakan si A itu budaknya sopan dan baik, dan si B itu budaknya nakal dan tidak ada sifat sifat kewanitaan.
Berhenti. Saya tidak suka dengan cara mereka fikir. Terlalu kolot. Tidak semua yang menutup aurat adalah bidadari dari kayangan, dan tidak semua mereka yang memakai pakaian ranggi adalah peleset peleset terlepas dari tanah. Susah untuk menukar persepsi masyarakat mak cik mak cik seperti begini. Mereka berfikiran terlalu kuno sehingga kadangkala diri sendiri terpedaya. Mak cik - mak cik ...
~~~~~~~~~~~~~~~
So earlier just now, I went to my-not-so-close cousin wedding. My brother drove the car, and today it's BLINK 182 songs. Singing, rocking my bon-bon [that was a lie, hehhe.].
My brother.
These boys were like snakes. Eat Play Sleep.
I like these effect, cause the trees looked kinda special. ah whatever. BYE.




Comments